Wednesday, November 4, 2015

Maksud Sebenar Perisian Freeware, Shareware dan Sumber Terbuka

Standard

Freeware
Perisian freeware ialah perisian yang boleh dimuat turun, disalin dan digunakan secara percuma tanpa sebarang sekatan daripada mana-mana pihak berkenaan. Ia masih lagi merupakan hak cipta kepada individu yang membangunkannya dengan kod sumbernya tidak dipaparkan kepada umum, tetapi kadang kala anda boleh meminta kebenaran untuk mengubah suai dalam apa bentuk cara. Tiada komuniti dan tiada pembangunan infrastruktur di sekitar perisian ini.

Shareware
Shareware ialah konsep yang berbeza. Anda masih boleh memuat turun perisian ini secara percuma, tetapi anda perlu membayar untuk penggunaannya. Ia selalunya mengenakan had untuk penggunaan secara berterusan. Perisian ini dibangunkan dan dikeluarkan oleh individu yang mempunyai kawalan sepenuhnya terhadap harta intelek. Pengguna tidak mempunyai akses kepada kod sumber dan tidak boleh melakukan pengubahsuaian.

Sumber Terbuka
Perisian dalam kelas ini menyediakan kod sumber kepada semua pengguna yang berpotensi. Umum bebas untuk menggunakan, mengubah suai dan membangunkan semula kod sumber tersebut. Tetapi, istilah percuma itu merujuk kepada kod sumber, dan ia masih mungkin memiliki sokongan, perkhidmatan, dokumentasi dan versi lain yang tidak semestinya percuma. Ia turut memiliki komuniti yang saling bekerjasama untuk pembangunan. Sebelum kedatangan VC dalam industri perisian percuma, kerjasama pembangunan berkaitan perkongsian sumber kod adalah satu-satunya cara aplikasi percuma yang besar dapat dibina.

0 komentar:

Post a Comment


Get this widget!

Kumpulan Tutorial & Berita Teknologi Online